LAPORAN JAWATANKUASA PENDAFTARAN
Aktiviti :
Pendaftaran dan Taklimat
Tarikh :
10 November 2012
Hari :
Sabtu
Masa :7:30
pagi
Penyelaras Slot : 1. Puan Rasmuna bt Shafie
2. Puan Umi Kalsom bt Daud
PENGENALAN
Mengambil
pendaftaran para peserta serta memberi taklimat mengenai perjalanan aktiviti
perkhemahan yang akan dijalankan. Memastikan para peserta patuh dan mengikut
peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan serta memastikan keselamatan para
peserta.
OBJEKTIF
·
Memastikan keselamatan dan para
peserta mematuhi peraturan perkhemahan
sepanjang melakukan aktiviti perkhemahan.
·
Memastikan borang kebenaran
waris lengkap dan di simpan di dalam fail.
·
Membuat pecahan 12 kumpulan
dan melantik ketua bagi setiap kumpulan tersebut.
PELAKSANAAN
Aktiviti ini dilaksanakan seperti berikut :
Hari : Sabtu
Masa : 7:30- 8:00 pagi
Alatan : Senarai nama, fail dan pembesar suar
Cara Pelaksanaan.
·
Taklimat
·
Kehadiran
·
Rumusan
PENCAPAIAN
·
Para peserta dapat
mengenali ahli kumpulan serta mengetahui bilangan ahli.
·
Para peserta dapat
mengetahui cara susun atur pergerakan mengikut peraturan perkhemahan yang telah
ditetapkan.
KELEBIHAN / KEKUATAN
·
Para peserta dibahagikan
kepada 8 kumpulan dan mempunyai melantik
seorang ketua.
KELEMAHAN
·
Ada peserta yang tidak
hadir seramai 2 orang.
·
Ada peserta tampak malu
dan segan berada dalam kumpulan yang ditetapkan.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya aktiviti pendaftaran dan taklimat perkhemahan ini
mencapai objektif kerana penglibatan para peserta yang sangat ceria
dan teruja untuk melibatkan diri dalam program Perkhemahan Perdana Unit
Beruniform ini.
Aktiviti : Mendirikan
Khemah dan Membuat Gajet
Tarikh : 10 November 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8:45 pagi
Penyelaras Slot : Encik Zul
Basri b. Mohd Zin
PENGENALAN
Dalam aktiviti perkhemahan, membina khemah adalah perkara
yang wajib dijalankan oleh para peserta. Semua peralatan untuk membina khemah
disediakan oleh pihak sekolah.
OBJEKTIF
·
Para
peserta mengetahui cara yang betul membina khemah.
·
Para
peserta dapat pengalaman membina khemah sendiri.
·
Memupuk
semangat kerjasama di kalangan para peserta dalam kumpulan.
·
Menghasilkan
satu gajet untuk setiap khemah.
PELAKSANAAN
Aktiviti ini dilaksanakan seperti berikut :
Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang hingga 6.00 petang
Alatan :
- Khemah
- Tali
- pisau
- gunting
- buluh
- gergaji
Cara Pelaksanaan :
- Taklimat pembinaan khemah dan
gajet oleh Encik Zul Basri b. Mohd. Zin selama
15 minit.
- Aktiviti membina khemah dan
membuat gajet dari jam 8:45 pagi hingga 9.30 pagi.
- Penilaian dibuat oleh Encik Zul
Basri b. Mohd Zin dan Encik Nasharudin b.
Muhaini selama 20 minit.
PENCAPAIAN
·
Para
peserta dapat menyiapkan khemah dan gajet dalam masa yang ditetapkan.
·
Para
peserta dapat mengetahui cara yang betul
membina khemah dan membuat
gajet.
KELEBIHAN / KEKUATAN
·
Para
peserta dapat membina khemah dan gajet.
·
Mengeratkan siratulrahim semasa peserta.
·
Dapat memupuk semangat kerjasama.
·
Mewujudkan hubungan yang mesra antara guru
dan peserta.
KELEMAHAN
·
Para
peserta lemah dari segi membuat ikatan yang betul.
·
Masih ada peserta yang tidak pernah membina
khemah sebelum ini.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya aktiviti membina
khemah dan membuat gajet mencapai objektif kerana penglibatan para peserta dalam
kumpulan masing-masing yang sangat baik dan memberi kerjasama yang jitu.
AKTIVITI : Malaysia
Cergas ( Senamrobik )
TARIKH : 10
November 2012
HARI : Sabtu
Masa : 9:30
pagi
PENYELARAS SLOT :
- Encik
Zul Basri b. Mohd. Zin
- Encik
Nasharudin B. Muhaini
- Ustaz
Zaper b. Yahya
- Encik
Rizazul b Ismail
- Puan
Zainah bt Ibrahim
- Pn.
Rusnazirah bt Rosli
PENGENALAN
- Aktiviti Malaysia Cergas (
Senamrobik ) dilakukan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid bagaimana
cara untuk bersenam serta meningkatkan stamina dan kecergasan. Aktiviti Malaysia
Cergas ( Senamrobik ) lebih mudah kerana hanya memerlukan lagu sahaja. Ia juga
boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
OBJEKTIF
·
Para
peserta dapat mengikuti pergerakan instruktur dengan baik dan tidak mudah
berputus asa.
·
Para
peserta dapat pendedahan cara untuk meningkatkan stamina dan kecergasan diri.
·
Para
peserta dapat mengenalpasti cara untuk memilih lagu dan cara memilih pergerakan
yang sesuai.
PELAKSANAAN
HARI
: Sabtu
MASA : 9.30
pagi
ALATAN :
·
Lagu ( Matahariku, Keabadian Cintaku, Malaysia
Cergas, Joget Lambak, Kosong, Teman Tapi
Mesra dan Pudar )
·
Sistem
Audio ( Siaraya )
CARA
PELAKSANAAN :
·
Taklimat
/ Pengenalan ( 10
minit – Encik
Zul Basri )
·
Pemanasan
badan ( 10
minit – Encik Rizazul b Ismail)
·
Kemuncak
aktiviti ( 20 minit – Puan Siti Fatimah bt Harun)
·
Menyejukkan
badan ( 10 minit – Puan Zaini bt Saidin )
·
Rumusan
( 10 minit – Puan Nornisah bt Kassim )
PENCAPAIAN
·
Para
peserta dapat mengikuti setiap pergerakan Malaysia Cergas ( Senamrobik ) dengan
baik.
·
Para
peserta dapat mengetahui cara susun atur pergerakan dari perlahan ke
sederhana, sederhana ke tinggi, tinggi ke
sederhana dan sederhana ke
perlahan.
KELEBIHAN / KEKUATAN
·
Para peserta dapat
melakukan aktiviti dengan lancar.
·
Para peserta tetap
mencuba dan berusaha melakukan pergerakan yang sukar.
KELEMAHAN
·
Para
peserta lemah dalam pergerakan koordinasi.
·
Para
peserta juga kurang pendedahan mengenai pergerakan yang sukar.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya aktiviti Malaysia Cergas ( Senamrobik
) ini mencapai objektif kerana penglibatan para peserta yang sangat mengagumkan
dan pergerakan yang dilaksanakan oleh guru-guru yang mahir dalam bidang ini
membantu memantapkan lagi perjalanan aktiviti Malaysia Cergas ( Senamrobik ) ini.