Saturday, 27 April 2013

BIG


LAPORAN JAWATANKUASA PENDAFTARAN

Aktiviti                       : Pendaftaran dan Taklimat
Tarikh                       : 10 November 2012
Hari                            : Sabtu
Masa                          :7:30 pagi
Penyelaras Slot      : 1.      Puan Rasmuna bt Shafie
                                       2.     Puan Umi Kalsom bt Daud

PENGENALAN

Mengambil pendaftaran para peserta serta memberi taklimat mengenai perjalanan aktiviti perkhemahan yang akan dijalankan. Memastikan para peserta patuh dan mengikut peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan serta memastikan keselamatan para peserta.
OBJEKTIF

·         Memastikan keselamatan dan para peserta mematuhi peraturan perkhemahan   sepanjang melakukan aktiviti perkhemahan.
·         Memastikan borang kebenaran waris lengkap dan di simpan di dalam fail.
·         Membuat pecahan 12 kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan tersebut.

PELAKSANAAN

Aktiviti ini dilaksanakan seperti berikut :
Hari                :           Sabtu
Masa              :           7:30- 8:00 pagi
Alatan                        :           Senarai nama, fail dan pembesar suar
Cara Pelaksanaan.

·         Taklimat
·         Kehadiran
·         Rumusan

PENCAPAIAN

·         Para peserta dapat mengenali ahli kumpulan serta mengetahui bilangan ahli.
·         Para peserta dapat mengetahui cara susun atur pergerakan mengikut peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan.

KELEBIHAN / KEKUATAN

·         Para peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan mempunyai  melantik seorang ketua.

KELEMAHAN

·         Ada peserta yang tidak hadir seramai 2 orang.
·         Ada peserta tampak malu dan segan berada dalam kumpulan yang ditetapkan.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya aktiviti  pendaftaran dan taklimat perkhemahan ini mencapai objektif kerana penglibatan para peserta yang sangat ceria dan teruja untuk melibatkan diri dalam program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform ini.







 Aktiviti          :           Mendirikan Khemah dan Membuat Gajet
Tarikh           :           10 November 2012
Hari                :           Sabtu
Masa              :           8:45 pagi
Penyelaras Slot      : Encik Zul Basri b. Mohd Zin
           
PENGENALAN

Dalam aktiviti perkhemahan, membina khemah adalah perkara yang wajib dijalankan oleh para peserta. Semua peralatan untuk membina khemah disediakan oleh pihak sekolah.

OBJEKTIF

·         Para peserta mengetahui cara yang betul membina khemah.
·         Para peserta dapat pengalaman membina khemah sendiri.
·         Memupuk semangat kerjasama di kalangan para peserta dalam kumpulan.
·         Menghasilkan satu gajet untuk setiap khemah.

PELAKSANAAN

Aktiviti ini dilaksanakan seperti berikut :
Hari    :           Khamis
Masa  :           2.30 petang hingga 6.00 petang
Alatan            :          

  • Khemah
  • Tali
  • pisau
  • gunting
  • buluh
  • gergaji


Cara Pelaksanaan :

  • Taklimat pembinaan khemah dan gajet oleh Encik Zul Basri  b. Mohd. Zin selama 15 minit.
  • Aktiviti membina khemah dan membuat gajet dari jam 8:45 pagi hingga 9.30 pagi.
  • Penilaian dibuat oleh Encik Zul Basri b. Mohd Zin  dan Encik Nasharudin b. Muhaini  selama 20 minit.




PENCAPAIAN

·         Para peserta dapat menyiapkan khemah dan gajet dalam masa yang ditetapkan.
·         Para peserta dapat mengetahui cara yang betul membina khemah dan membuat
            gajet.


KELEBIHAN / KEKUATAN

·         Para peserta dapat membina khemah dan gajet.
·         Mengeratkan siratulrahim semasa peserta.
·         Dapat memupuk semangat kerjasama.
·         Mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan peserta.

KELEMAHAN  

·         Para peserta lemah dari segi membuat ikatan yang betul.
·         Masih ada peserta yang tidak pernah membina khemah sebelum ini.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya aktiviti membina khemah dan membuat gajet mencapai objektif kerana penglibatan para peserta dalam kumpulan masing-masing yang sangat baik dan memberi kerjasama yang jitu.



AKTIVITI                      :        Malaysia Cergas ( Senamrobik ) 
TARIKH                        :        10  November 2012
HARI                             :        Sabtu
Masa                             :        9:30 pagi
PENYELARAS SLOT :
               
  1. Encik Zul Basri b. Mohd. Zin
  2. Encik Nasharudin B. Muhaini
  3. Ustaz Zaper b. Yahya
  4. Encik Rizazul b Ismail
  5. Puan Zainah bt Ibrahim
  6. Pn. Rusnazirah bt Rosli
           
PENGENALAN

  • Aktiviti Malaysia Cergas ( Senamrobik ) dilakukan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid bagaimana cara untuk bersenam serta meningkatkan stamina dan kecergasan. Aktiviti Malaysia Cergas ( Senamrobik ) lebih mudah kerana hanya memerlukan lagu sahaja. Ia juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

OBJEKTIF

·         Para peserta dapat mengikuti pergerakan instruktur dengan baik dan tidak mudah berputus asa.
·         Para peserta dapat pendedahan cara untuk meningkatkan stamina dan kecergasan diri.
·         Para peserta dapat mengenalpasti cara untuk memilih lagu dan cara memilih pergerakan yang sesuai.

PELAKSANAAN
HARI        :           Sabtu
MASA      :           9.30  pagi
ALATAN  :          
·          Lagu ( Matahariku, Keabadian Cintaku, Malaysia Cergas, Joget Lambak, Kosong, Teman Tapi Mesra dan Pudar )
·         Sistem Audio ( Siaraya )

CARA PELAKSANAAN          :
·                     Taklimat / Pengenalan ( 10 minit – Encik Zul Basri )
·               Pemanasan badan ( 10 minit – Encik Rizazul b Ismail)
·               Kemuncak aktiviti ( 20 minit – Puan Siti Fatimah bt Harun)
·               Menyejukkan badan ( 10 minit – Puan Zaini bt Saidin )
·               Rumusan ( 10 minit – Puan Nornisah bt Kassim )

PENCAPAIAN

·         Para peserta dapat mengikuti setiap pergerakan Malaysia Cergas ( Senamrobik ) dengan baik.
·         Para peserta dapat mengetahui cara susun atur pergerakan dari perlahan ke
           sederhana, sederhana ke tinggi, tinggi ke sederhana dan sederhana ke     
           perlahan.

KELEBIHAN / KEKUATAN

·         Para peserta dapat melakukan aktiviti dengan lancar.
·         Para peserta tetap mencuba dan berusaha melakukan pergerakan yang sukar.

KELEMAHAN

·         Para peserta lemah dalam pergerakan koordinasi.
·         Para peserta juga kurang pendedahan mengenai pergerakan yang sukar.
RUMUSAN

Secara keseluruhannya aktiviti Malaysia Cergas ( Senamrobik ) ini mencapai objektif kerana penglibatan para peserta yang sangat mengagumkan dan pergerakan yang dilaksanakan oleh guru-guru yang mahir dalam bidang ini membantu memantapkan lagi perjalanan aktiviti Malaysia Cergas ( Senamrobik ) ini.











No comments:

Post a Comment