Interaksi Pertama.
Soalan : Jelaskan
konsep integrasi dan asimilasi dalam konteks memupuk perpaduan nasional.
OLEH RIZAZUL B. ISMAIL
Perpaduan
ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
keseluruhannya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama. serta perasaan
cinta dan bangga akan tanah air.Perpaduan memainkan peranan penting dalam
memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk
semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah
dijalankan untuk mencapai proses perpaduan. Tanpa perpaduan, kemajuan negara
yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan
kerana kerjasama amat diperlukan untuk menjana kemajuan. Dalam membentuk
perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat
Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan
kaum yang harmoni.
Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu melalui integrasi dan asimilasi.Konsep Integrasi adalah
satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang
diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan budaya hidup
sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam konteks
Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan
lokasi dalam sesebuah unit politik.
Terdapat 6
bentuk integrasi yang wujud di negara kita . Antaranya ialahintergrasi
wilayah. Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang mengandungi 14
negeri.Perkembangan sosio-ekonomi tiap-tiap negeri ini tidak seimbang dan
setara di antara satu sama lain.Oleh yang demikian ,maka wujudlah keadaan di
mana terdapatnya negeri-negeri maju dan negeri-negeri yang kurang maju di
negara ini.Oleh itu ,strategi pembangunan untuk Integrasi
wilayah adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan
struktur di antara wilayah-wilayah dalam negara ini.Struktur ini dilaksanakan
atas asas keupayaan setiap wilayah atau negeri untuk menggerakkan pembangunan
sektor pertanian dan perusahaan khususnya di negeri-negeri yang kurang
maju.Integrasi wilayah ini sangat penting agar hilang rasa kebencian, cemburu
antara satu sama lain dan wujudnya perasaan kasih sayang, hormat menghormati
dan sebagainya.. Sebagai contoh, jurang dalam aspek pembangunan ekonomi dan
kemudahan sosial. Jika di wilayah semenanjung terdapat kemudahan
pendidikan tinggi maka di wilayah timur juga turut didirikan institusi tersebut
seperti adanya Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sabah dan Sarawak,
Universiti Malaysia Sabah / Sarawak. Begitulah juga dalam aspek lain.
Bentuk
integrasi yang kedua ialah Integrasi ekonomi .Proses perkembangan
ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kumpulan kaum menyertai semua bidang
dan peringkat ekonomi.Kerajaan telah melaksanakan proses ini melalui Dasar
Ekonomi Baru(DEB).Dasar ini mengandungi dua matlamat utama iaitu pengambilan
pekerja-pekerja di berbagai-bagai sektor ekonomi dan di semua peringkat
pekerjaan.Kedua,hak milik harta-harta produktif yang terdapat di dalam negara
ini disusun semula supaya pada tahun 1990 orang Melayu akan dapat
memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hak milik
tersebut.Untuk mencapai matlamat ini,penyusunan semula tenaga mengikut susunan
kaum di negara ini adalah satu tindakan yang penting.Kepentingan ini amat perlu
memandangkan proses penjajahan Inggeris telah mewujudkan perbezaan yang ketara
dari segi penyertaaan kumpulan kaum majoriti di dalam berbagai-bagai sektor
ekonomi di Malaysia..Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum
akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping
meninggikan taraf pembangunan ekonomi negara.
Bentuk
integrasi yang ketiga ialah integrasi kebudayaan. Hal ini perlu
dilakukan kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik / kaum
seperti Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik lagi di Sabah dan Sarawak. Kaum
Mijorriti ialah orang Melayu dan yang lain merupakan kaum minoriti. Intergrasi
kebudayaan ini penting dalam usaha membentuk kebudayaan kebangsaan iaitu satu
kebudayaan yang diterima oleh semua kaum di Malaysia. Matlamat utamanya ialah
perkongsian budaya yang sama dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia. Kerajaan turut melaksanakan dasar kebudayaan kebangsaan
sebagai platform kea rah tersebut.
Seterusnya
ialah intergrasi sosial. Integrasi ini merupakan satu langkah bagi
mewujudkan satu kelompok atau komuniti yang terdapat pelbagai kaum dalam satu –
satu kelompok masyarakat seperti dalam program/ projek perumahan, sukan,
pendidikan dan kesihatan. Dalam proses pemilikan rumah,misalnya imbangan
pemilikan rumah dalam kalangan berbagai kaum adalah penting.Ini
kerana,sekiranya wujud sesuatu keadaan di mana kadar
pemilikan perumahan dimonopoli oleh satu-satu kaum tertentu
sahaja,maka akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum-kaum
yang lain.Ini akan merumitkan lagi proses perpaduan rakyat.Oleh itu,dalam
program pembangunan perumahan adalah penting diwujudkan kadar pemilikan
perumahan yang seimbang dalam kalangan kaum-kaum di negara ini.Sebagai contoh
dalam projek perumahan, kerajaan telah memberi penetapan bahawa kawasan
perumahan yang didirikan perlu dimiliki oleh pelbagai kaum mengikut peratusan
yang tertentu. Harapan utama dalam hal ini, komunikasi antara kaum akan berlaku
lantas mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Begitulah juga integrasi sosial dalam
sukan. Kita tidak mahu sesuatu permainan itu dimonopoli oleh satu – satu kaum
sahaja sebaliknya melibatkan pelbagai kaum. Contohnya dalam permainan ping
pong, bola keranjang dan bola tampar, dahulunya dikuasai oleh pemain
berketurunan Cina namun kini sudah ada orang Melayu dan India mula menyertai
permainan – permainan ini.
Integrasi
pendidikan merupakan salah satu bentuk integrasi yang sangat penting.
Integrasi pendidikan bertujuan mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak
kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani. Sistem
pendidikan yang berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan ,
berhasrat untuk mewujudkan keselarasan dalam pendidikan. Sistem ini digubal
supaya dasar-dasar dan program-program pendidikan dan latihan yang diadakan di
semua peringkat persekolahan,kolej dan universiti akan tertumpu kepada
perpaduan.Ini kerana pendidikan merupakan proses penting bagi menyemai dan
memupuk benih-benih perpaduan dalam kalangan generasi muda,di samping menjadi
daya penggerak bagi melahirkan warganegara yang berdisiplin.Di negara kita kini
terdapat sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan namun dalam masa yang
sama pengintegrasian pendidikan turut diwujudkan. Kerajaan juga turut melaksanakan
memperkasakan sekolah kebangsaan yang merupakan satu tindakan untuk
menggalakkan kaum lain menghantar anak – anak ke sekolah kebangsaan. Apabila
penyertaan pelbagai kaum dalam sekolah kebangsaan satu aliran,ini akan
pasti memantapkan perpaduan dalam kalangan pelajar.
Seterusnya integrasi
politik.Seperti juga negara-negara moden yang lain,Malaysia mempunyai
berbagai-bagai kumpulan kaum yang berbeza dari segi agama,wilayah,pekerjaan dan
kepentingan-kepentingan lain.Oleh itu tugas pentadbiran politik yang utama
ialah untuk mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat
majmuk di negara ini dapat hidup aman dan makmur.Satu kaedah yang mana
perpaduan politik negara dapat diwujudkan ialah menerusi konsensus atau
persetujuan rakyat.Sistem pilihanraya diadakan setiap lima tahun sekali supaya
rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin politik pilihan mereka.Pemimpin-pemimpin
politik yang memerintah negara ini hendaklah sentiasa mengamalkan semangat
perundingan dan kerjasama dalam kalangan parti-parti politik bagi memastikan
penyertaan bersama dalam proses pemerintahan negara.Ini dapat dibuktikan pada
peringkat awal di mana parti-parti orang Melayu iaitu UMNO,parti-parti
orang-orang Cina MCA dan parti orang-orang India MCA telah bergabung untuk
melahirkan parti Perikatan. Gabungan ini telah dapat mewujudkan kerjasama
antara tiga buah parti politik yang terbesar di negara ini.
Kesan daripada proses ini telah memberi kestabilan dan taraf
pencapaian yang tinggi dalam perpaduan dan pembangunan negara.Untuk
memperluaskan asas perpaduan dalam pentadbiran politik negara,struktur
perikatan parti UMNO.MCA,dan MIC telah diperluaskan dengan penubuhan
Barisan Nasional.Terdapat juga beberapa buah parti yang dahulunya menjadi parti
pembangkang,turut menyertai Barisan Nasional.Parti-parti ini telah berikrar
untuk bekerjasama bagi melaksanakan proses pembangunan
negara.Persetujuan-persetujuan politik yang telah dicapai oleh parti-parti di
dalam Barisan Nasional ialah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
bidang ekonomi,politik,pendidikan,sosial dan kebudayaan.Masalah-masalah ini
diselesaikan menerusi meja rundingan.Dengan wujudnya kerjasama,persefaham dan
persetujuan di kalangan berbagai-bagai parti politik,maka lahirlah suasana yang
tenteram dan perpaduan politik yang kukuh.Secara rtingkasnya,integrasi politik
bermakna integrasi antara berbagai-bagai parti politik supaya asas-asas
pertikaian dan pertelingkahan dapat dibanteras bagi mewujudkan sebuah negara
yang aman dan makmur.
Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik.
Manakala asimilasi pula
ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui
perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.Konsep Asimilasi adalah satu proses
percantuman dan penyatuan antara kelompok atau individu dari berlainan
kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama. Konsep ini berhubung dengan penyerapan sehala individu atau kelompok kedalam
kelompok yang lain. Satu proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok
berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial
serta budaya yang sama. Asimlasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Formula: A+B+C =
A.
A mewakili golongan dominan, B dan C mewakili kumpulan etnik minoroti. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting seperti kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka, kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain, terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik. Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan diantara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.
A mewakili golongan dominan, B dan C mewakili kumpulan etnik minoroti. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting seperti kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka, kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain, terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik. Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan diantara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.
Umumnya, kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya lebih
kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yang bilangan
anggotanya besar. Minoriti yang mempunyai kebudayaan dan tradisi yang jauh
berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan. Contohnya, di Thailand
orang Melayu mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa, cara
hidup kecuali agama disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di
Malaysia, proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba
dan Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba dan Nyonya
berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
No comments:
Post a Comment