1.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DI MALAYSIA
Pada
masa ini, Pendidikan Seni Visual (sekarang dikenali sebagai Dunia Seni Visual) telah
dimartabatkan sepenuhnya sebagai mata pelajaran yang berperanan besar dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana mata pelajaran ini merentasi kurikulum. Pendidikan Seni
Visual(PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek
pemahaman, penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya
kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.
Pendidikan Seni Visual pernah dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan
dan Pertukangan Tangan. Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran
dan keperluan semasa, maka mata pelajaran tersebut telah ditukar menjadi
Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun diperkenalkan, ia telah diubah pula
menjadi Pendidikan Seni Visual atas
kesedaran masyarakat terhadap
kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan. Perubahan ini sesungguhnya
amat sesuai sekali kerana Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus
kepada seni tampak atau visual dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni
tari, seni teater , seni sastera, seni mempertahankan diri atau seni fotografi.
Pendidikan Seni Visual bertujuan
memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi
kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta
kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada
keseluruhannya adalah kreatif,ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual
memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual,imaginasi dan
daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai
jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.
1.0
KAEDAH
PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.
1.1
PENGENALAN
Tugas
utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan
suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa
memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran,
guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka.
Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah
dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan
pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep
atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan
pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik
perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih
hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi
pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus
boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang persediaan
mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia
perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya
aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh
terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan,
emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan
pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti
mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah
memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.
Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan
penyampaian sesuatu subjek atau modul.
1.2
PENDEKATAN
Kamus
Dewan mendefinisikan pendekatan sebagai kaedah, cara atau langkah-langkah yang
digunakan bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas untuk mengatasi masalah
dan sebagainya. Dalam konteks bahasa, konsep pendekatan bermakna cara mendekati
atau approach sesuatu. Mnakala dalam
konteks pendidikan, pendekatan merujuk kepada beberapa teori yang berkaitan
dengan sifat-sifat semulajadi pembelajaran yang menjadi pegangan dalam sesuatu
pengajaran. Dengan kata lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu
mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektif.
Pendekatan
pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau
beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan pengajaran boleh
digolongkan kepada beberapa aspek, iaitu mengikut cara pengelolaan murid, cara
fakta disampaikan, keaktifan murid dan pengajaran bahasa.
Pendekatan
juga merupakan teori sesuatu mata pelajaran serta ciri-cirinya yang diambil
kira apabila menentukan sesuatu andaian
atau langkah. Sebagai contoh dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah para
pendidik sejarah menggunakan pendekatan
kronologi, zaman dan pendekatan tema untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Apabila berkaitan dengan masalah kejiwaan remaja, para guru boleh
menggunakan pendekatan kaunseling, kasih sayang dan pendekatn individu untuk
menangani dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pendekatan
dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaian tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran
bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Setiap pendekatan itu harus
mencerminkan satu pandangan atau falsafah tentang hakikat bahasa, iaitu apakah
sebenarnya bahasa, bagaimana bahasa diperolehi, bagaimana bahasa disimpan.
Kesemua persoalan ini tiada jawapan yang konkrit dan akal manusia tidak mampu
menjangkaunya. Dari perspektif Islam, bahasa sebenarnya bersifat fitrah, iaitu
anugerah Allah SWT kepada manusia sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan-Nya.
No comments:
Post a Comment