Bulatkan jawapan yang paling sesuai.
1
Badrul baru membeli
____________________ bola sepak.
A sebuah
B sebutir
C sebiji
D sehelai
2
Nelayan menggunakan
_________________ jala untuk menangkap ikan.
A sebiji
B sebuah
C serawan
D sehelai
3
Sekawan burung itu _________________
di atas pohon kenagga.
A singgah
B terbang
C duduk
D hinggap
4
Keadaan pesakit yang cedera parah
itu semakin ________________ .
A lembab
B tenat
C lemah
D layu
5
Ayah
dan ibu _________________ berangkat ke tanah suci Mekah minggu depan.
A telah
B akan
C sudah
D belum
6
Kamu _________________ memilih
pakaian yang kamu suka.
A akan
B sedang
C boleh
D telah
7
Ali
bertuah kerana _________________ seorang ibu yang penyayang.
A mempunyai
B dipunyai
C kepunyaan
C punya
Soalan
8 berdasarkan gambar di bawah.
8
Abang mengail dengan menggunakan se
__________________ joran.
A kaki
B batang
C bilah
D pucuk
9
Emak mengajak Siti pergi
______________ pasar tani.
A dari
B untuk
C ke
D sampai
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.
10
Mereka berasa ___________________
kerana menjadi juara.
A gembira
B dukacita
C curiga
D bimbang
11
Negeri perlis terletak di
__________________ Semenanjung Malaysia.
A utara
B selatan
C timur
D barat
12
Puan Kalsum sedang
___________________ ikan.
A menyembelih
B menyiang
C memotong
D mencincang
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.
13
Kamarul __________________ oleh
doktor gigi.
A dibedah
B dirawat
C dicungkil
D disuntik
14
__________________kah nama pengerusi
Persatuan Bahasa Melayu?
A Apa
B Mengapa
C Berapa
D Siapa
15
____________________kah majlis penutupan itu akan diadakan?
A Bila
B Apa
C Berapa
D Siapa
16
Ramli tidak dapat menyertai acara
itu ________________ kakinya sakit.
A sambil
B walaupun
C kerana
D lalu
17
Puan Balqis melipat baju _____________
menonton televisyen.
A dan
B lalu
C kerana
D sambil
18
____________________ buang sampah di
dalam kelas.
A Jangan
B Tolong
C Sila
D Cuba
19
“_______________ , sakitnya perutku
!” jerit Yusof.
A Cis
B Wah
C Aduh
D Aduhai
20
Kempen anti dadah _________________
oleh Menteri Kesihatan.
A perasmi
B dirasmi
C dirasmikan
D berasmi
21
Nenek saya suka _____________
tentang kisah lamanya.
A bercerita
B dicerita
C pencerita
D ceritai
22
Halim berjalan dalam keadaan
__________________ kerana lewat ke pejabat.
A tergesa-gesa
B kelam-kabut
C cepat-cepat
D berlari-lari
23
Negeri Kedah mempunyai kawasan sawah padi yang
_____________ terbentang.
A pendek
B kecil
C luas
D hebat
24
Datuk ________________ saya
membeli sekotak mancis.
A mencuri
B mengambil
C memaksa
D menyuruh
25
Si
Comel _______________ bulunya yang basah.
A menyiat
B menjilat
C memotong
D menarik
26
Guru Besar selalu menasihati murid-murid
supaya ________________ diri daripada dadah.
A menjauhkan
B dijauhi
C berjauhan
D dijauhkan
27
Pilih simpulan bahasa yang sesuai.
Sarimah
selalu menghasut kawan-kawannya supaya bergaduh, sebab itulah dia digelar
___________________.
A batu api
B panjang tangan
C batu loncatan
D anak emas
28
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang
bergaris.
Orang
yang tekun berusaha akan berjaya akhirnya
A teliti
B rajin
C malas
D suka
29
Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.
Ular
yang kekenyangan itu tidur melingkar di bawah pokok durian.
A kehausan
B kesenakan
C kelaparan
D kelemahan
30
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Siapakah
yang menyampaikan hadiah ?
A Hadiah itu sungguh mahal
B Adik saya yang menerima hadiah.
C Guru Besar yang menyampaikan hadiah
D Hadiah itu sungguh istimewa.
Soalan 31 hingga soalan 35.
Baca cerita
di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pada hari Sabtu
yang lalu Farid dan Amran membuat layang-layang. Mereka menggunakan bahan-bahan seperti buluh,
benang, kertas dan gam. Setelah siap layang-layang, mereka bermain di padang.
Sedang
asyik bermain, Farid tidak sedar bahawa dia telah berada di tengah jalan. Dia
sedang seronok melihat layang-layang terbang di udara.
Tiba-tiba
datang sebuah kereta yang dipandu dengan laju. Kereta itu terus melanggarnya.
Farid cedera parah. Amran terus meminta pertolongan dengan menelefon ambulans.
Farid
dihantar ke hospital dan dirawat selama dua minggu. Amran dan Farid kini sedar
agar sentiasa berhati-hati ketika
bermain.
31
Apakah yang dilakukan oleh Farid dan
Amran dengan kertas, gam, buluh dan benang itu?
A Membawanya ke padang
B Membuat layang-layang
C membuat lukisan
D Memberikan kepada ibu mereka
32
Di manakah mereka bermain
layang-layang tersebut?
A Jalan raya
B Kawasan
rumah
C Padang
D Hospital
33
Apakah yang dilakukan oleh Amran
apabila Farid dilanggar kereta?
A Memanggil ibu bapa Farid
B Meminta pertolongan dari orang ramai
C Membawanya ke hospital
D Menelefon
ambulan
34
Berhati-hati bermaksud
______________________
A Berjaga
B Berhenti
C Berwaspada
D Bersiap-sedia
35
Siapakah yang bersalah dalam
kemalangan tersebut?.
A Farid
B Amran
C Kereta
D Padang
Soalan 36 hingga soalan 40
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
Azmi
tinggal di bandar. Pekerjaan Azmi sebagai doktor memerlukan dia berhijrah dari
kampung ke bandar. Azmi telah membuka sebuah klinik di ibu kota. Ibu dan ayah
Azmi tinggal di kampung bersama-sama dengan tiga orang adiknya yang masih
bersekolah.
Ayah
Azmi mengidap penyakit jantung sejak tiga tahun yang lalu. Azmi sering merawat
bapanya. Ayahnya lebih senang berada di kampung kerana dapat menenangkan
fikirannya. Lagipun, udara di kampung sentiasa segar dan dapat memulihkan
kesihatan ayah Azmi.
Pada
suatu hari,penyakit jantung ayah Azmi menyerang kembali.
Keadaannya bertambah tenat. Adik
Azmi menghubunginya melalui telegram kerana di kampung mereka tiada telefon.
Tambahan pula, telegram merupakan perkhidmatan yang cepat. Adik Azmi mengirim
telegram melalui pejabat pos.
Setelah
Azmi mendapat telegram itu, dia bergegas pulang ke kampung untuk mengetahui
keadaan kesihatan ayahnya. Azmi sempat merawat ayahnya. Sedikit demi sedikit
penyakit ayahnya pulih. Azmi bersyukur kerana dapat menyelamatkan nyawa orang
yang amat disayanginya.
36
Di manakah Azmi tinggal ?
A Di kampung
B Di bandar
C Di hutan
D di planet
37
Apakah pekerjaan Azmi ?
A Doktor
B Jurutera
C Jururawat
D Petani
38
Bilakah Ayah Azmi mengidap penyakit
jantung ?
A Sejak petang semalam
B Sejak dua hari lalu
C Sejak tiga tahun yang lalu
D Sejak sepuluh tahun yang lalu
39
Siapakah yang menghubungi Azmi
melalui telegram ?
A Doktor
B Adik Azmi
C Ayah Azmi
D Penduduk kampung
40
Di manakah kita boleh mengirim
telegram ?
A Pejabat kerajaan
B Klinik
C Balai raya
D Pejabat pos
SOALAN TAMAT
No comments:
Post a Comment