Drama kreatif merujuk kepada aktiviti-aktiviti drama yang tidak formal, di
mana murid dibimbing oleh guru mengapresiasi dan menghayati tajuk dengan penuh
perasaan. Matlamat utama drama kreatif bukan untuk tujuan pementasan, tetapi
yang paling penting ialah untuk menggalakkan murid meneroka alam imaginasi
mereka secara bebas tetapi terkawal, melalui disiplin seni teater. Selain itu,
aktiviti seumpama ini juga bertujuan untuk mengembangkan potensi diri pelajar
melalui aktiviti libat sama secara berkumpulan serta meningkatkan kemahiran dan
apresiasi terhadap apa yang dipelajari.
Drama kreatif merupakan satu proses yang dinamik. Guru membimbing murid meneroka,
mengembangkan idea, konsep dan perasaan melalui
pergerakan dramatik. Murid juga dilatih melaksanakan aktiviti-aktiviti
improvisasi berdasarkan isi pelajaran yang disampaikan. Berbeza dengan sesebuah
pementasan yang mementingkan hasilnya, drama kreatif lebih memberikan tumpuan
kepada proses pembinaan dan perkembangan kemahiran murid.
Aktiviti drama kreatif juga menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di
kalangan pelajar kerana kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan meningkatkan daya
imaginasi murid. Semasa aktiviti berlangsung, guru akan menggalakkan murid
berfikir melalui soalan-soalan bercapah dan membimbing murid ke arah pemikiran
yang terbuka. Keterlibatan murid dalam drama kreatif juga tidak sekadar
meningkatkan kecekapan berbahasa malahan meningkatkan kemahiran menyelesai
masalah, membina konsep diri yang positif, memupuk kesedaran sosial, empati, nilai-nilai
murni dan sikap yang positif. Di antara aktiviti drama kreatif yang sesuai
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah bercerita
dan teater bercerita, improvisasi, simulasi, main peranan, tetamu dalam aksi
dan tablo/pantomim
CONTOH RANCANGAN PENGARAJAN HARIAN
Tarikh :
13 Oktober 2009
Masa :
8.45 – 9.45 pg
Tajuk :
Tubuhku
Tahun :
1 Zuhal
FU
: 3.1
Aras 1 (i)
1.
Mengecam perkataan
yang sesuai untuk menyampaikan
Maklumat.
2.
Menyatakan maklumat berdasarkan bahan rangsangan.
FS :
5.1
Aras 1 (i)
1. Menyebut perkataan
yang mengandungi suku kata terbuka (vokal
berganding dan konsonan bergabung) (KV + KV) dengan betul.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
i. Mengeja perkataan
dua sukukata terbuka berdasarkan cerita
dan kad perkataan
ii. Menyatakan
bahagian tubuh badan sambil membaca kad perkataan
iii. Membaca dan
menulis perkataan berdasarkan cerita yang didengar
Pengisian
Kurikulum:
·
Sistem Bahasa : Ejaan / Kosa kata ; KV + KV
·
Kemahiran Bernilai Tambah:
o Kecerdasan Pelbagai : Muzik,
Interpersonal, logik
o Ruang,
kinestetik, Verbal Linguistik
o Strategi Pengajaran : Pemerhatian, Direktif, kolaboratif dan
o Koperatif.,
Pembelajaran Masteri
o
Kemahiran Generik : Kemahiran belajar,
Penekanan
Konsep 5 P:
·
Penggabungjalinan :
Sains, Muzik, Verbal Linguistik, Agama
·
Penyerapan Nilai : Kasih sayang, , Kerjasama., Rajin,
·
Pemulihan :
Kad huruf, latih tubi
·
Penilaian :
Latihan
Bahan
Bantu Belajar (BBM):
·
bahan bercetak / tali/ kad huruf/ Kad
perkataan
·
Borang penilaian aktiviti p&p : Refleksi dan Impak
Pengetahuan Sedia Ada:
1. Murid mengenal
huruf vokal dan konsonan.
2. Murid
mampu membuat perkaitan antara anggota badan dan fingsinya dalam kehidupan mereka.
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
P & P
|
Catatan
|
Latihan
memanaskan badan :
-
tangan
-
bahu
-
kaki
|
Set
Induksi (5 minit)
i. Guru meminta murid menunjukkan
anggota badan masing-masing dan menamakannya serta menjelaskan fungsi anggota
badan tersebut.
ii.Murid dibimbing oleh guru
menyanyikan lagu “ Gode-gode” sambil
melakukan aksi dan pergerakan kreatif
iii. Bersoal jawab tentang
anggota badan masing-masing sambil
guru menunjukkan kad perkataan yang bersesuaian dengan anggota badan tersebut.
|
Teknik
: Soal jawab,
Tunjuk
cara dan Pergerakan kreatif
KP
: verbal linguistik , Muzikal, Kinestatik, interpersonal
T.P.B.
Otak : Tunjang 1
|
Kad Perkataan:
- mata
- pipi
- dahi
- gigi
- bahu
- dada
- siku
- kaki
- kuku
|
Langkah 1 : (10 minit)
i. Murid mengeja perkataan dua suku
kata terbuka , berdasarkan kad perkataan dengan bimbingan guru.
ii. Guru menunjukkan kad perkataan
dan murid membaca secara nyaring.
iii. Guru memilih beberapa orang
murid memilih kad perkataan dan mengeja / membaca kad perkataan tersebut
secara individu dan diikuti oleh rakan-rakan.
iv. Murid-murid yang telah memilih
kad itu diminta melekatkan kad tersebut pada anggota badan masing-masing.
|
Strategi Pembelajaran : Pem. Masteri
BBM : Kad perkataan
Teknik : Latih tubi
TPBOtak : Tunjang 2
|
Cerita : Mak Limah Penenun Kain”
Perkataan :
Pipi, mata, dada, siku, mata, gigi, kaki
|
Langkah 2 (20 minit)
i. Guru memulakan cerita ”Mak Limah
Penenun Kain” dengan menggunakan tali.
Sambil bercerita guru membina bentuk lalat yang terbang dan hinggap pada
anggota badan ”Mak Limah”. dan mula bergerak mendapatkan murid yang telah melekatkan kad perkataan pada
anggota badan masing-masing.
ii. Ketika guru meletakkan tali di
anggota badan murid, guru meminta semua murid mengeja dan menyebut perkataan yang
tertera pada anggota badan tersebut. Aktiviti ini dilaksanakan sehingga semua
perkataan dieja dan disebut.
iii. Guru meminta murid menanggalkan
semula kad perkataan dan menunjukkan kad kepada murid-murid lain serta
membacanya. Selepas itu meletakkan kembali ke dalam kotak.
iv. Guru bersoal jawab dengan
murid-murid tentang cerita yang disampaikan dan meminta murid membuat
rumusan.
|
Teknik : Improvisasi – bercerita dan main peranan.
KP : Verbal Linguistik, Kinestetik, Logik matematik,
Strategi : Koperatif dan Kolaboratif, Kontekstual
KB : Menjana idea
BCB : Memproses maklumat
Penerapan nilai : rajin, kasih sayang, bersih
|
Membina perkataan / Kuiz:
Suku kata terbuka
|
Langkah 3 (20 minit)
i. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan
(3 orang setiap kumpulan).
ii. Guru memberi arahan. Setiap
kumpulan diminta membina perkataan daripada kad huruf. Aktiviti ini berupa
pertandingan.
iii. Pertandingan bermula dengan
tiupan wisel. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit.
iv. Setiap kumpulan diminta
menunjukkan perkataan yang dibina. Mereka diminta membacanya di hadapan
kelas.
v.Guru berbincang dengan murid dan
memberi markah.
|
BBM : kad huruf, kad perkataan
Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif.
Pembelajaran Masteri
BCB : Memproses dan menyampaikan maklumat
TPBOtak : Tunjang 3
|
|
Penutup (5 minit)
i. Murid dibimbing membuat rumusan tentang kepentingan
anggota badan dan bagaimana kita wajib menjaganya dengan baik.
ii. Menyanyi lagu ”Gode-gode” sambil membuat pergerakan
kreatif.
|
Penerpan nilai : syukur
|
Tarikh :
13 Oktober 2009
Masa :
8.45 – 9.45 pg
Tajuk :
Tubuhku
Tahun :
1 Zuhal
FU
: 3.1
Aras 1 (i)
2.
Mengecam perkataan
yang sesuai untuk menyampaikan
Maklumat.
2.
Menyatakan maklumat berdasarkan bahan rangsangan.
FS :
5.1
Aras 1 (i)
2. Menyebut perkataan
yang mengandungi suku kata terbuka (vokal
berganding dan konsonan bergabung) (KV + KV) dengan betul.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
iv. Mengeja perkataan
dua sukukata terbuka berdasarkan cerita
dan kad perkataan
v. Menyatakan
bahagian tubuh badan sambil membaca kad perkataan
vi. Membaca dan
menulis perkataan berdasarkan cerita yang didengar
Pengisian
Kurikulum:
·
Sistem Bahasa : Ejaan / Kosa kata ; KV + KV
·
Kemahiran Bernilai Tambah:
o Kecerdasan Pelbagai : Muzik,
Interpersonal, logik
o Ruang,
kinestetik, Verbal Linguistik
o Strategi Pengajaran : Pemerhatian, Direktif, kolaboratif dan
o Koperatif.,
Pembelajaran Masteri
o
Kemahiran Generik : Kemahiran belajar,
Penekanan
Konsep 5 P:
·
Penggabungjalinan :
Sains, Muzik, Verbal Linguistik, Agama
·
Penyerapan Nilai : Kasih sayang, , Kerjasama., Rajin,
·
Pemulihan :
Kad huruf, latih tubi
·
Penilaian :
Latihan
Bahan
Bantu Belajar (BBM):
·
bahan bercetak / tali/ kad huruf/ Kad
perkataan
·
Borang penilaian aktiviti p&p : Refleksi dan Impak
Pengetahuan Sedia Ada:
1. Murid mengenal
huruf vokal dan konsonan.
2. Murid
mampu membuat perkaitan antara anggota badan dan fingsinya dalam kehidupan mereka.
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
P & P
|
Catatan
|
Latihan
memanaskan badan :
-
tangan
-
bahu
-
kaki
|
Set
Induksi (5 minit)
i. Guru meminta murid menunjukkan
anggota badan masing-masing dan menamakannya serta menjelaskan fungsi anggota
badan tersebut.
ii.Murid dibimbing oleh guru
menyanyikan lagu “ Gode-gode” sambil
melakukan aksi dan pergerakan kreatif
iii. Bersoal jawab tentang
anggota badan masing-masing sambil
guru menunjukkan kad perkataan yang bersesuaian dengan anggota badan
tersebut.
|
Teknik
: Soal jawab,
Tunjuk
cara dan Pergerakan kreatif
KP
: verbal linguistik , Muzikal, Kinestatik, interpersonal
T.P.B.
Otak : Tunjang 1
|
Kad Perkataan:
- mata
- pipi
- dahi
- gigi
- bahu
- dada
- siku
- kaki
- kuku
|
Langkah 1 : (10 minit)
i. Murid mengeja perkataan dua suku
kata terbuka , berdasarkan kad perkataan dengan bimbingan guru.
ii. Guru menunjukkan kad perkataan
dan murid membaca secara nyaring.
iii. Guru memilih beberapa orang
murid memilih kad perkataan dan mengeja / membaca kad perkataan tersebut
secara individu dan diikuti oleh rakan-rakan.
iv. Murid-murid yang telah memilih
kad itu diminta melekatkan kad tersebut pada anggota badan masing-masing.
|
Strategi Pembelajaran : Pem. Masteri
BBM : Kad perkataan
Teknik : Latih tubi
TPBOtak : Tunjang 2
|
Cerita : Mak Limah Penenun Kain”
Perkataan :
Pipi, mata, dada, siku, mata, gigi, kaki
|
Langkah 2 (20 minit)
i. Guru memulakan cerita ”Mak Limah
Penenun Kain” dengan menggunakan tali.
Sambil bercerita guru membina bentuk lalat yang terbang dan hinggap pada
anggota badan ”Mak Limah”. dan mula bergerak mendapatkan murid yang telah melekatkan kad perkataan pada
anggota badan masing-masing.
ii. Ketika guru meletakkan tali di
anggota badan murid, guru meminta semua murid mengeja dan menyebut perkataan yang
tertera pada anggota badan tersebut. Aktiviti ini dilaksanakan sehingga semua
perkataan dieja dan disebut.
iii. Guru meminta murid menanggalkan
semula kad perkataan dan menunjukkan kad kepada murid-murid lain serta
membacanya. Selepas itu meletakkan kembali ke dalam kotak.
iv. Guru bersoal jawab dengan
murid-murid tentang cerita yang disampaikan dan meminta murid membuat
rumusan.
|
Teknik : Improvisasi – bercerita dan main peranan.
KP : Verbal Linguistik, Kinestetik, Logik matematik,
Strategi : Koperatif dan Kolaboratif, Kontekstual
KB : Menjana idea
BCB : Memproses maklumat
Penerapan nilai : rajin, kasih sayang, bersih
|
Membina perkataan / Kuiz:
Suku kata terbuka
|
Langkah 3 (20 minit)
i. Murid dibahagikan kepada 3
kumpulan (3 orang setiap kumpulan).
ii. Guru memberi arahan. Setiap
kumpulan diminta membina perkataan daripada kad huruf. Aktiviti ini berupa
pertandingan.
iii. Pertandingan bermula dengan
tiupan wisel. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit.
iv. Setiap kumpulan diminta
menunjukkan perkataan yang dibina. Mereka diminta membacanya di hadapan
kelas.
v.Guru berbincang dengan murid dan
memberi markah.
|
BBM : kad huruf, kad perkataan
Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif.
Pembelajaran Masteri
BCB : Memproses dan menyampaikan maklumat
TPBOtak : Tunjang 3
|
|
Penutup (5 minit)
i. Murid dibimbing membuat rumusan tentang kepentingan
anggota badan dan bagaimana kita wajib menjaganya dengan baik.
ii. Menyanyi lagu ”Gode-gode” sambil membuat pergerakan
kreatif.
|
Penerpan nilai : syukur
|
No comments:
Post a Comment